Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Marilah kita sedekah al-fatihah buat pesawat MH370 yg semalam 24 March 2014 lebih kurang pukul 8.45mlm Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sidang akhbar tergempar mengenai pesawat malang itu.
Ia mengeluarkan satu laporan mengatakan pesawat MH370 terhempas di lautan Hindi.Dan kesemua orang yang berada di dalam pesawat itu terkubur di dalam lautan itu.Ini benar-benar berita sedih kepada kita semua dan terutama kepada ahli keluarga mereka.Kita doakan semoga roh mereka semua dicucuri rahmat dan juga bagi yang bukan beragama Islam takziah kepada keluarga mangsa.
Ini menjadi satu Trajedi.Saya dan keluarga serta rakyat yang mengikuti perkembangan mengenai berita tentang pesawat MH370 mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak pernah berhenti berdoa dan menghulurkan bantuan.
Marilah kita sama-sama sedekah kan al-Fatihah buat mereka yang beraga Islam.Apa yang saya boleh katakan disini ialah mengucapkan Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انا لله وانا اليه راجعون).Amin Ya Allah.
Saya akan berkongsi sedikit Biodata mengenai Imam alGhazali dan sedikit petikan yang ada terdapat di dalam Kitab Ihya''Ulumuddin.Insyaallah bersama kita berkongsi ilmu Allah SWT.Amin Ya Allah.
BIODATA
IMAM AL-GHAZALI
Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam al-Ghazali lahi di Tunisia,Khurasan pada tahun 450 Hijrah/1058 Masihi.
Kitab Ihya''Ulumuddin sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Islam.Hasil tulisan Imam al-Ghazali ini mengandungi pelbagai tafsiran berkaitan tentang persoalan hidup yang berdasarkan kepada kitab suci al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.Masalah pembinaan diri serta akhlak,ibadat,munakahat dan muamalat menjadi tumpuan utama dalam kitabnya.
Buku yang diterbitkan ini merupakan terjemahan daripada kitab ''Mauizatul Mukminin'',ringkasan daripada kitab Ihya''Ulumuddin,hasil tulisan Muhammad Jamaluddin al-Qasimi.Isinya mengikut urutan karangan yang ditulis oleh al-imam al-Ghazali.
Penerbitan buku ini diharap menerbitkan rasa keinginan masyarakat untuk mendalami pendapat dan pandagan al-Ghazali.Maka itu meneladani contohnya dalam mengharungi hidup dan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Ulasan yang mendalam,mengungkap pelbagai hikmat dalam ibadat,muamalat dan munakahat serta pelbagai cara untuk melatih diri daripada terhindar perbuatan buruk dan penyakit hati boleh dijadikan rujukan sebagai sebahagian usaha untuk memartabatkan diri mencapai darjat Mukmin.
Pihak penerbit berharap semoga buku ini dapat memberikan manafaat dan bimbingan kepada pembaca sekalian.Segala amalan yang baik ini semoga mendapat keredaan Allah SWT.
Kitab Ihya''Ulumuddin terbahagi kepada 4 bahagia besar,iaitu Ibadat,Mu'amalat,Munakahat dan Jinayat.Setiap tajuk dihuraikan secara akedemik dan logik,dengan contoh-contoh menarik serta diikuti pula dengan interpretasi ilmiah dan falsafah.Penekatan yang digunakan oleh Imam al-Ghazali ini sungguh berkesan sekali,dan menyentuh batin setiap para pembaca yang membaca dan memahaminya.
Tuntutan zaman moden yang serba ringkas dan cepat tampaknya telah berjaya dihasilkan oleh Imam al-Ghazali sebelum zamannya lagi.Buku Mutiara Ihya''Ulumuddin ini merupakan terjemahan daripada kitab ''Mau'izatul Mukminin''sebagai ringkasan kitab Ihya''Ulumuddin yang asal.Mutiara Ihya''Ulumuddin ini adalah hasil terjemahan daripada kitab yang ditulis oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasqi dan isinya nengikut urutan karagan yang ditulis oleh Imam al-Ghazali.
Kitab Ihya''Ulumuddin adalah rujukan terbaik selepas al-Quran dan al-Hadis.Penerbitan terjemahan Mutiara Ihya''Ulumuddin adalah antara kitab terjemahan terbaik yang ada di pasaran.Pastikan setiap Muslim memiliki Kitan ini sebagai rujukan kepada kemusykilan yang dihadapi.Semoga kita semua beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
"Imam al-Ghazali adalah manusia yang sangat langka dalam dunia kehidupannya.Beliau memiliki peranan yang sangat jelas dalam menghidupkan dan mempebaharui kembali agama Islam.Pengaruhnya dalam bidang ilmu sangat luas dan mendalam."
-Abul A'la al-Maududi
"Sesudah Nabi Muhammad SAW,terdapat dua orang yang amat besar jasanya dalam menegakkan agama Islam.Tokoh yang pertama ialah Imam Bukhari kerana jasanya mengumpulkan hadis,dan yang keduanya ialah Imam al-Ghazali kerana kitab Ihya''Ulumuddinnya.
-Ds. Zwemmer



